Perkhidmatan Membina Blog Pemasaran Produk Professional Pada Harga Terendah! eBook Mengurangkan dan Menambahkan Berat Badan terlaris 2010-2013 Membongkarkan rahsia dan tips bagaimana 100 orang calon LULUS Temuduga Kerajaan Ruang Pengiklanan Eksklusif platform pemasaran produk anda

Mindtest Contest

Mr. Remz Profile



Mr. Remz ataupun nama sebenarnya Ramzi Bin Bakri merupakan seorang Internet Marketer yang berpengalaman luas dalam pemasaran internet. Mula melibatkan diri secara aktif selepas menamatkan pendidikkannya dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Komputer (Teknologi Multimedia) pada tahun 2001. Berasal dari Kuching Sarawak, bapa kepada dua orang anak ini pernah bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat dibeberapa buah syarikat perkomputeran terkemuka di Sarawak.

Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan beberapa syarikat swasta, beliau telah membangunkan ratusan halaman web dan blog. Selain berkepakaran dalam pembangunan halaman web, beliau juga berkebolehan mereka grafik yang mana telah menjadi tarikan kepada ramai pelanggan halaman webnya. Bagi beliau grafik adalah satu simbolik mudah sesebuah laman web berdasarkan konsep ‘picture talk faster than a text’. Berbanding Pembina Laman Web (web master) yang lain, Mr. Remz tidak sahaja membina halaman web sebagai satu sistem informasi tetapi juga bersifat ‘self marketing’. Ciri-ciri pemasaran automatik yang disediakan dalam setiap laman web dan blog yang dibinanya ternyata berkesan membantu pelanggan menempatkan laman web dan blog mereka di pasaran dunia. Apa yang paling penting, laman web dan blog tersebut menghasilkan pendapatan kepada para pelanggannya.

Sepertimana mereka yang terlibat dalam dunia komputer, mrRemz juga menjadikan kerja-kerja membaik pulih komputer sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau berpengalaman bukan sahaja dalam bidang Teknologi Multimedia malah juga dalam bidang teknikal seperti membina sistem networking komputer bagi pejabat-pejabat baru, membaik pulih desktop komputer, notebook, dan menyelenggara system komunikasi data sesebuah organisasi.

Mr.Remz adalah seorang yang amat komited dalam menyiapkan setiap tugasan yang diterimanya daripada para pelanggan dan sentiasa mengamalkan prinsip ‘Kualiti di Utamakan’. ‘Dateline’ adalah disiplin yang digunakan sebagai pemangkin kejayaan setiap projek laman web dan blog yang diterimanya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan secara Online, Mr. Remz adalah orang yang anda perlukan! Kepakaran dan Pengalaman yang membina Profesionalisma.

Mindtest Contest - Terma dan Syarat


Syarat dan Terma Mindtest Contest.

Apakah syarat untuk menyertai Mindtest Contest?

1. Peserta hendaklah mendaftar sebagai Follower di Blog ini. Klik pada butang "Join This Site" (di bahagian bawah website) dan daftar. Peserta juga diwajibkan "Like" pada ruangan FB yang disediakan (scroll ke bawah dan lihat sebelah kiri laman). Peserta yang tidak memenuhi kedua-dua syarat ini, akan DIBATALKAN penyertaannya, walaupun peserta menjawap soalan dengan tepat.

Bagaimanakah Mindtest Contest dioperasikan?

1. Satu soalan akan di Pertandingkan dalam satu hari.

2. Peserta boleh menjawap SATU SOALAN SEKALI sahaja. Hanya satu soalan sahaja yang akan dipertandingkan pada satu hari.

3. Peserta yang didapati menjawap lebih daripada SEKALI bagi satu soalan, akan menerima tindakan tatatertib - "banned". (Sekiranya peserta ingin chatting, sila gunakan Shoutbox yang telah kami sediakan)

4. Soalan akan dipaparkan kepada peserta pada ruangan Mindtest Contest pada 2:00 PM setiap hari. (Kecuali sekiranya ada soalan yang dibawa ke hari berikutnya)

Bagaimanakah Mindtest Contest diadili?

1. Pemenang dipilih berdasarkan "PESERTA PERTAMA MEMBERIKAN JAWAPAN YANG TEPAT". Walaubagaimanapun, keputusan jawapan dan pemenang akan diumumkan pada pukul 1:30 PM keesokkan harinya. Bermaksud soalan tersebut masih terbuka untuk dijawap oleh peserta yang lain.

2. Soalan yang tidak dapat dijawap sehingga 1:30 PM keesokkan harinya akan dibawa ke hari yang berikutnya.

Bagaimanakah Hadiah Pemenang Mindtest Contest diberikan kepada pemenang?

1. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Mindtest Contest adalah berupa Kredit PraBayar RM10.00 ke mana-mana akaun Prabayar Pemenang.

2. Hadiah akan dikreditkan kepada Pemenang setelah Pemenang diumumkan dalam ruangan Mindtest Contest.

3. Soalan yang dibawa ke hari yang berikutnya (tiada pemenang) akan bertambah nilai dengan gandaan RM10.00 setiap hari sehinggalah ada Pemenang diumumkan.

Syarat dan Terma yang Lain.

1. Sebarang bentuk aktiviti penipuan, spamming atau penggunaan perkataan kesat adalah dilarang sama sekali. Peserta yang melakukan perkara tersebut akan di BANNED daripada menyertai pertandingan.

2. Hanya peserta yang menerima dan mematuhi Terma dan Syarat di atas sahaja yang akan diterima sebagai pemenang. Peserta yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan secara automatik tidak berhak menyertai pertandingan Mindtest Contest.

3. Keputusan muktamad Pemenang adalah hak sepenuhnya MrRemz.com. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

4. Soalan yang akan dipertandingkan merangkumi teka-teki dan apa sahaja bentuk soalan yang diputuskan sebagai sesuai oleh pihak MrRemz.com. Ia termasuklah soalan matematik, pengetahuan semasa, sejarah dan sebagainya.

5. Peserta yang telah diumukan sebagai pemenang hendaklah menghubungi pihak MrRemz.com di FB dengan nickname FB yang telah digunakan semasa menyertai Mindtest Contest. Gunakan PM untuk menghantar nombor telefon bimbit anda (Bagi menjaga Privasi anda) dengan Format NO.HP/SYARIKAT PRABAYAR cth: 019-1234567/MAXIS.

6. Pihak MrRemz.com akan membuat pembayaran Kredit Prabayar mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh Pemenang dalam FB. Tiada bayaran gantian akan dilakukan sekiranya terdapat kesilapan pada nombor atau syarikat prabayar yang diberikan oleh pemenang. Pembayaran adalah melalui Online Banking.


FOLLOWER LEADER PROGRAMS

Bagi meramaikan Follower di laman ini, kami juga membuat pertandingan FOLLOWER LEADER. Follower Leader perlu mengajak pelawat lain untuk menjadi ahli dalam laman mrremz.com. Pelawat yang ingin menjadi ahli perlu mendaftar sebagai Follower dan Likes dalam akaun Likes mrRemz.com.

Setelah pelawat baru memenuhi syarat tersebut, Follower Leader perlu memaklumkan kepada pihak kami bagi mengesahkan follower masing-masing di Ruangan mrRemz Helpline Krew. Sila taipkan dengan format seperti berikut untuk pengesahan: Members Nickname Facebook Anda / Members Nickname Facebook Rakan Baru Anda. Cth: aspalela/mellyiesa pada ruangan COMMENTS yang disediakan di bawah. Follower Leader yang mencapai 50 orang Follower layak untuk memenangi Kredit RM10.00 ke mana-mana akaun Pra Bayar. Follower Leader boleh menyemak Follower yang mendaftar dibawah nickname masing-masing di Jadual Follower Leader di SINI.


Pendaftaran setiap Follower Leader dan Follower akan diupdate pada Jadual Follower Leader dalam jangkamasa 12JAM dari masa makluman di ruangan COMMENTS diterima. Sekiranya anda mendapati nama anda atau follower anda belum didaftarkan selepas 12JAM, sila hubungi kami di talian 019-8799856 / 019-8799857. 

Sekiranya terdapat percanggahan seperti DUA FOLLOWER LEADER mengaku sebagai UPLINE bagi seorang FOLLOWER yang lain, FOLLOWER tersebut akan dihubungi untuk memberi keputusan UPLINE pilihannya.

Sekian, Terima Kasih dan Selamat Mencuba.

by mrRemz.

Pendapatan Online

Jana Pendapatan Bersama Kami

Salam sejahtera daripada pihak kami di MrRemz Creative Studio. Terimakasih kerana anda berminat untuk menyertai kami dalam menghasilkan Pendapatan Secara Online. Kami tidak menjanjikan sebarang bentuk pendapatan yang berada di luar jangkaan, tetapi kami yakin anda pasti berjaya menghasilkan pendapatan secara online apabila menyertai Program Pendapatan Online kami. Program Pendapatan Online kami dicipta dalam bentuk paling mudah untuk dioperasikan oleh sesiapa sahaja. Ya Sesiapa Sahaja! Panduan lengkap disediakan.

Tempahan Ruangan Iklan

Terma dan Syarat Tempahan Ruangan Iklan:

Kami di otakapi.com menawarkan Ruangan Iklan untuk disewa oleh sesiapa atau mana-mana organisasi yang berminat untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di halaman web kami. Setiap Advertiser yang berminat untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah bersetuju dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan seperti dibawah:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Perkhidmatan Membina Blog and Blogger Themes.