Mindtest Contest

Panduan Membeli Notebook - Mengenali Kemampuan Sesebuah Notebook

Langkah-langkah Menilai Kemampuan Sebuah Notebook

Untuk artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana mengenalpasti kemampuan sesebuah notebook. Saya telah bahagikan kepada tiga spesifikasi penting yang harus diketahui:

1. Mengenali Processor sesebuah notebook.
2. Mengenali dan mengetahui fungsi RAM pada notebook.
3. Mengetahui keluasan tempat simpanan data notebook.

Cara untuk anda melihat kemampuan
sesebuah notebook adalah berdasarkan pelekat spesifikasi yang terdapat pada notebook tersebut seperti dalam gambar dibawah:


Mengenali kemampuan Processor.

Notebook terdiri daripada beberapa komponen fizikal. Komponen utama yang menentukan kelajuan dan kemampuan sesebuah notebook adalah PROCESSOR. Ia umpama enjin yang berada pada sebuah kereta. Semakin laju processor sesebuah notebook, semakin pantas notebook tersebut melaksanakan kerjanya. Maksudnya disini, processor yang pantas membolehkan anda membuat kerja tanpa berlakunya paparan yang tersekat-sekat atau lambat bertindak balas sama ada semasa anda menaip atau mengklik tetikus. Sekiranya anda membeli notebook, anda tidak akan dapat melihat processor notebook tersebut kerana ia berada dibahagian dalam notebook anda. Processor pada notebook terletak dibawah kipas yang hanya anda dapat lihat dengan menterbalikkan notebook anda. Dibawah adalah senarai jenis PROCESSOR yang telah saya susun mengikut turutan menurun. Yang teratas adalah yang terpantas.

1 . Intel Core i7
2 . Intel Core i5
3 . Intel Core i3
4 . Intel Core 2Quad
5 . Intel Core 2Duo
6 . Intel Core 2Extreme
7 . Intel Core 2(Single)
8 . Intel Pentium Dual Core
9 . Intel Celeron Dual Core
10. Intel Celeron
11. Intel Atom


Processor Intel i7 from www. neoseeker.com

Ini adalah nama beberapa jenis Processor notebook yang dapat saya senaraikan. Setiap model processor dikelaskan pula kepada versi tersendiri. Setiap versi mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Contohnya Processor Intel Core 2Quad. Ia terbahagi kepada dua versi seperti dibawah:

1. Intel Core 2Quad Q9400
2. Intel Core 2Quad Q8200

Sekiranya anda perhatikan dengan teliti, model PROCESSOR Intel Core 2Quad diatas mempunyai sambungan nombor dibelakangnya. Semakin besar nilai nombor tersebut, semakin pantas PROCESSOR tersebut melaksanakan tugasnya. Kepantasan perlaksanaan tugas sesebuah processor disukat dalam unit Gigahertz (GHz). Semakin tinggi nilai GHz sesebuah processor pada sesebuah notebook, maka semakin pantaslah notebook tersebut menjalankan tugasnya.


Pemilihan processor pada notebook berdasarkan kelas dan penggunaan.


Processor Notebook Kelas Pertama

1. Intel Core i7, Core i5 dan Core i3 adalah dibina untuk pengguna peringkat tinggi. Processor-processor ini dicipta untuk menyediakan notebook yang berkemampuan melakukan kerja-kerja berat seperti mengedit video, mengubah gambar, mencipta lagu dengan instrument digital dan bermain permainan komputer 3D bertaraf HD (Definisi Tinggi). Jadi bagi kelas notebook berprocessor peringkat ini, kategori penggunanya adalah Video Editor (Videographer Professional, Photographer bagi majlis-majlis Perkahwinan yang melibatkan Kamera SLR beresolusi tinggi dan Penggemar permainan komputer Digital (kelas ini mampu menandingi kemampuan PS3). Penggunaan notebook berprocessor kelas pertama tidak sesuai untuk pengguna yang hanya menggunakan notebook untuk menyimpan gambar dari kamera digital (10Mpx), bermain permainan sederhana (2D seperti Command & Conquer, Half Life, Yahoo Game, Flash Game etc.) dan untuk mengedit lagu mp3. Ini disebabkan PROCESSOR pada kelas ini mahal dan sudah pasti perkakasan sokongan dalaman lain nya juga akan mahal sekaligus menyebabkan harga notebook tersebut tinggi. Biasanya notebook dengan PROCESSOR dari kelas ini berharga dari RM3,000 sehingga RM7,000.00


Processor Notebook Kelas ke-2

2. Intel Core 2 Quad (terdapat empat processor didalam satu unit) dibina bersama notebook bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin memulakan karier sebagai Photographer, Videographer Professional dan bagi yang ingin merasai pengalaman bermain permainan 3D HD dengan kos yang agak rendah. Notebook dengan processor kelas ini merupakan kelas kedua dalam susunan taraf kelajuan notebook. Ia mempunyai kemampuan 70% menghampiri kemampuan PROCESSOR kelas pertama. Bagi yang mempunyai budget yang agak baik, notebook dengan PROCESSOR kelas kedua ini adalah yang terbaik untuk anda. Notebook pada kelas kedua ini mempunyai kemampuan yang boleh dibanggakan dengan harga yang agak menarik, dari RM2,500.00 sehingga RM3,500.00. Bagaimanapun, pengguna notebook yang hanya menggunakan notebook untuk kegunaan melayari internet dan menaip dokumen / assignment, anda tidak digalakkan memilih notebook dengan PROCESSOR ini kerana ia tidak berbaloi untuk anda. Ia ibarat membeli kereta mewah berkelajuan tinggi untuk digunakan dijalan yang banyak berselekoh. Minyak kenderaan anda cepat habis sedangkan anda sampai ketempat tujuan dengan mengambil masa yang sama dengan kenderaan biasa. Processor kelas ke-2 juga menggunakan banyak tenaga pada bateri notebook.


Processor Notebook Kelas ke-3

3. Intel Core 2Duo(terdapat dua processor didalam satu unit) dan Intel Core 2Extreme, berada pada kelas ke tiga. Notebook dengan processor ini mempunyai kemampuan lebih kurang 60% berbanding notebook dengan processor kelas ke dua. Ia amat sesuai untuk pengguna yang menggunakan notebook untuk melakukan kerja-kerja yang agak ringkas. Ia sesuai untuk melakukan kerja-kerja pejabat, menonton DVD, memainkan MP3, menyimpan gambar, melayari internet, twitter, facebook, menulis blog dan segala keperluan yang diperlukan oleh seorang pelajar dan pekerja pejabat. Dengan kemampuan seperti yang disebutkan ia mempunyai pengguna yang ramai. Ia juga menjadi kegemaran pegguna notebook kerana harganya yang amat berpatutan sekitar RM1,500.00 sehingga RM2,500.00. Ini pilihan terbaik bagi pengguna yang meminati permainan komputer dua dimensi. Ia saya umpamakan seperti kereta 1300cc bergerak dijalan raya yang berselekoh. Tidak terlalu pantas dan jimatkan minyak!


Processor Notebook Kelas ke-4

4. Ini merupakan kelas terbaik bagi mereka yang memerlukan notebook tetapi juga perlu menjaga budget. Notebook yang menggunakan Intel Core 2(Single), Intel Pentium Dual Core dan Intel Celeron Dual Core boleh diperolehi dari harga RM1,300.00 sehingga RM1,500.00. Notebook pada kelas ini masih mampu untuk melaksanakan fungsi multimedia seperti memainkan mp3, memainkan vcd dan mengimport gambar dari kamera digital. Kekurangan pada notebook dengan jentera processor kelas ke-4 ini adalah ia tidak mampu menjalankan perisian multimedia yang melibatkan pengeditan gambar ataupun video.


Processor Notebook Kelas ke-5

5. Intel Celeron berada pada kelas terbawah hierarki susunan kelajuan processor. Notebook dengan processor ini sudah tidak banyak dikeluarkan lagi oleh mana-mana pihak pengeluar notebook. Anda hanya dapat melihat penggunaan processor ini pada notebook terpakai sahaja. Sekiranya anda hanya menggunakan notebook anda untuk melayari internet dan menaip dokumen ringkas, ia pasti bersesuaian untuk anda. Harga notebook yang menggunakan processor ini biasanya pada paras harga terendah RM800 ke RM900.(Kebanyakkannya adalah notebook tepakai)


Processor notebook mini.

6. Intel Atom adalah processor generasi terkini yang mempunyai kemampuan yang menghampiri Intel Celeron Dual Core. Ia dicipta bagi memenuhi keperluan netbook bersaiz 10 inchi dan kebawah. Disebabkan saiznya yang kecil, ia biasanya digunakan pada notebook kecil seperti yang digunakan dalam notebook Acer Aspire One dan HP Mini. Ia amat effisien dalam penjimatan kuasa bateri. Percaya atau tidak, notebook dengan processor Intel Atom mampu digunakan sehingga lima jam tanpa sambungan terus ke sambungan kuasa. Hanya perlu charging netbook tersebut sehingga ikon bateri menandakan penuh. Sekiranya anda memerlukan notebook untuk dibawa bersiar-siar, notebook dengan processor Intel Atom adalah yang terbaik kerana kemampuan ia menjimatkan bateri.

Apakah Harddisk?

Harddisk atau juga disebut sebagai hard drive merupakan satu komponen notebook yang terletak didalam casing sesebuah notebook. Ia merupakan tempat simpanan data dan maklumat. Ia berfungsi sepertimana kad memory pada telefon bimbit. Kemampuan muatan data didalam harddisk disukat dalam unit GB (Gigabyte) dan TB (Terabyte). Semakin besar nilai GB Harddisk yang tertera pada label sesebuah notebook, maka semakin besarlah muatan data yang ia boleh simpan. Terdapat beberapa pakej harddisk. Antaranya ialah 80Gb, 160Gb, 320Gb, 500Gb, 1TB, dan 2TB (Terabyte).

Semasa memilih sesebuah notebook, saya menyarankan anda memilih notebook dengan kapasiti harddisk 320GB. Ini kerana harddisk 320GB adalah sangat mencukupi dan memenuhi kerperluan ruang simpanan data untuk semua peringkat pengguna notebook. Pengguna notebook yang mempunyai hobi menggumpul mp3 dan menyimpan gambar dari kamera digital, digalakkan memilih notebook dengan harddisk berkapasiti 500Gb. Bagi notebook dengan harddisk berkapasiti 1TB, saya tidak menggalakkan anda membelinya. Percaya atau tidak, sekiranya anda menggunakan notebook dengan harddisk 1TB, anda tidak akan dapat memenuhkan harddisk tersebut sebelum ia mencapai jangka hayatnya yang terakhir. Ia merugikan anda kerana harganya yang mahal, sedangkan anda hanya menggunakan kurang dari separuh ruang simpanan data harddisk tersebut.


Apa yang perlu anda tahu tentang RAM.(Random Accses Memory)

RAM adalah memori sesebuah komputer. Ia adalah singkatan untuk Random Acces Memory. Apabila sesebuah notebook menjalankan fungsinya, processor akan membaca dan memproses maklumat yang terdapat pada hard disk untuk dipaparkan pada skrin. Apabila sesebuah notebook menjalankan lebih daripada satu fungsi didalam satu masa, maka processor terpaksa membaca dan memproses lebih dari dua maklumat pada harddisk di dalam masa yang sama.

Pembacaan data yang banyak secara serentak yang dilakukan oleh processor menyebabkan penghantaran maklumat atau tindak balas sesebuah notebook menjadi perlahan. Situasi ini sering disebut sebagai "Hang". Untuk itu, RAM diperlukan untuk membantu processor memegang maklumat yang tidak aktif pada sesuatu masa.

Contohnya, anda menjalankan perisian Microsoft Office dan perisian Paint secara serentak. Anda akan minimize perisian Microsoft Office semasa menggunakan perisian Paint. Disinilah RAM berfungsi. Ia akan memegang maklumat pada perisian Microsoft Office tadi semasa processor memproses maklumat pada perisian Paint. Kerana tanpa RAM, maklumat sesuatu perisian yang tidak aktif terpaksa dikembalikan semula kepada harddisk. Ini memaksa processor sesebuah notebook membaca semula maklumat pada harddisk. Maklumat yang dibawa oleh RAM adalah jauh lebih cepat dicapai oleh processor berbanding maklumat pada harddisk. Disinilah RAM akan menambah kelajuan sesebuah processor notebook semasa bertindak balas.


Bagaimana anda mengetahui kemampuan sesebuah RAM pada notebook? Sekiranya anda membeli notebook baru, cuba perhatikan pelekat pada sebelah kanan keyboard notebook anda. Baca satu persatu label tersebut sehingga anda dapat melihat satu perkataan tertulis "DDR". DDR pula adalah generasi RAM tersebut. Seperti juga teknologi lain, semakin baru sesuatu model yang dikeluarkan, maka semakin sempurnalah teknologi tersebut. RAM dibahagikan kepada beberapa generasi: DDR1,DDR2,DDR3 dan terbaru adalah DDR4. Semakin besar nilai nombor yang tertulis disitu, maka semakin besarlah kemampuan RAM tersebut. Bagaimanapun anda juga harus memerhatikan kapasiti data yang dapat dibawa oleh RAM tersebut. Ia boleh dilihat dengan membaca label yang tertulis dihadapan perkataan GB. Ia terdiri daipada 1GB,2GB,dan terbaru 4GB. Semakin besar nilai nombor yang dipaparkan maka semakin tinggilah kapasiti bawaan data yang ia boleh terima. Maksudnya disini, 2GB DDR2 adalah lebih besar nilai simpanan datanya berbanding 1GB DDR2. Bagaimanapun, 2GB DDR2 adalah kurang nilainya berbanding RAM yang bernilai 1GB DDR4. Untuk membuat perbandingan memory, kita harus memerhatikan nilai pada DDR nya terlebih dahulu, kemudian barulah nilai pada GB nya.


Kelas penggunaan RAM pada sesebuah notebook.

1. 1GB - untuk menjalankan kerja-kerja menaip yang biasa. Ini termasuk menaip dan mencetak dokumen, melayari internet untuk tujuan facebook dan mencari maklumat. Ia sesuai untuk pelajar dan pekerja pejabat melakukan kerja rutin mereka.

2. 2GB - Kapasiti simpanan data ini adalah yang paling saya galakkan. Ia mampu memenuhi keperluan hampir semua peringkat pengguna notebook. Ia boleh menjalankan kerja-kerja yang dijalankan oleh RAM 1GB dengan sangat effisien. Ia juga berkemampuan untuk melaksanakan perisian multimedia seperti memainkan mp3, menonton DVD menggunakan notebook dan kerja mengedit gambar dengan sempurna. Sekiranya anda berminat bermain permainan 2D, inilah pilihan tepat anda. RAM berkapasiti 2GB ini saya sarankan untuk pelajar dan pekerja pejabat yang menggunakan notebook mereka untuk melakukan kerja rutin dan menikmati waktu rehat dengan mendengar mp3, menonton DVD serta bermain permainan 2Dimensi.

3. 4GB - Dengan nilai yang lebih tinggi, RAM berkapasiti 4GB adalah yang terbaik. Ia mempunyai kemampuan untuk menampung keperluan seorang pengguna notebook professional seperti pereka grafik, untuk membina laman web, mengedit video dan mp3, serta bagi yang meminati permainan 3Dimensi. Ia merangkumi kemampuan yang dimilikki oleh 1GB dan 2GB RAM. Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan pengguna notebook biasa seperti pelajar dan pekerja pejabat untuk memilih notebook dengan 4GB RAM kerana ia tidak berbaloi untuk anda kerana harganya yang mahal. Mengapa perlu menggunakan kereta berkuasa tinggi kalau anda hanya pergi ke pejabat yang jaraknya hanya 50 meter dari rumah anda?

About the author

Admin
Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Perkhidmatan Membina Blog and Blogger Themes.