Mindtest Contest

Panduan Membeli Notebook - 3 Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Panduan Membeli Notebook Baru ... Apa yang perlu anda tahu?


Terdapat pelbagai jenis notebook di pasaran. Perbezaan yang ketara dari segi fizikal melambangkan notebook tersebut berbeza dari segala aspek dan kriteria nya. Malah ada beberapa notebook yang mempunyai fizikal yang sama, tetapi berbeza dari segi kemampuan nya. Senario ini menyukarkan pembeli untuk memilih notebook yang sesuai untuk kegunaan masing-masing. Jadi apakah yang perlu anda tahu sebelum memilih notebook?



Dell Alienware 15x from dell-laptops-review.com



Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui dan dinilai sebelum membeli sesebuah notebook:

1. Berapa budget yang anda tetapkan untuk membeli notebook?
Budget untuk membeli sesebuah notebook berkait rapat dengan jenama sesebuah notebook. Anda perlu mengenali jenama notebook sebelum menentukan notebook dari jenama mana yang bersesuaian dengan kewangan anda.

2. Mengapa anda hendak membeli notebook?
Anda perlu mengetahui sebab anda hendak membeli sesebuah notebook bagi memastikan anda membeli notebook yang tepat dangan keperluan anda. Kerana setiap notebook dicipta dengan kelebihan serta kekurangan tersendiri. Setiap model notebook mempunyai fungsi tersendiri. Maka anda hendaklah mengetahui kategori penggunaan Notebook.

3. Bagaimanakah anda membaca spesifikasi atau kemampuan notebook yang hendak dibeli?
Penting bagi anda mempelajari cara menilai kemampuan sesebuah notebook supaya notebook yang anda beli setaraf dengan penggunaan anda. Kemampuan notebook yang rendah mungkin tidak sesuai bagi pengguna yang memerlukan penggunaan notebook di peringkat professional.



Mengenali Jenama Notebook di Pasaran.

Sebelum anda membeli sebuah Notebook baru, biasanya anda akan melihat jenama yang terpapar pada notebook tersebut. Seperti juga barangan pengguna yang lain di pasaran, jenama pada sesebuah notebook memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti, harga, rekabentuk dan kemudahan untuk mendapatkan alat ganti notebook tersebut. Setiap jenama notebook mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Di bawah adalah penerangan berkenaan jenama notebook berdasarkan kedudukkan empat jenama notebook terbaik 2010.

Kedudukan Empat Jenama Notebook Terbaik 2010.

1. Acer Notebook
2. HP (Hewlet Packard) Notebook
3. Asus Notebook
4. Dell Notebook


Notebook Acer.
Acer Aspire One AOA150 from amazon.com
Jenama notebook Acer diilhamkan di bandar Xizhi, New Taipei City, Taiwan. Ini merupakan tempat dimana notebook Acer dihasilkan untuk diedarkan ke seluruh negara yang terdapat di Asia Tenggara. Bagaimanapun, untuk memenuhi keperluan global, Acer mempunyai cawangan lain seperti Acer America Corporation, di San Jose, California, Acer Computer Australia (ACA) di Australia, dan Acer India (Pvt) Limited di India. (Sumber: Wikipedia).

Kelebihan Notebook Acer.

Notebook berjenama Acer adalah antara notebook mampu milik (harga rendah) yang direka dengan kemampuan tinggi pada harga terendah. Contohnya, notebook Acer Aspire TimelineX 3820T (Intel® Core™ i3-350M Processor 2.26 GHz) yang berharga US$1,088.28 mempunyai kemampuan yang sangat setara dengan notebook Sony VPCS125FG/B (Intel® Core™ i3-350M Processor 2.26 GHz)yang berharga US$2798.54. Apabila sesebuah notebook Acer mencecah harga RM2,500.00 ia akan setanding dengan notebook Sony yang berharga RM3,700.00 (Ini satu perumpamaan). Maksudnya disini, dengan membeli notebook Acer, anda akan mendapat sebuah notebook dengan kemampuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih murah. Syarikat Acer memberi pengguna kelebihan untuk merasai pengalaman menggunakan notebook berkemampuan tinggi pada harga yang rendah.

Notebook Acer mempunyai laman web bantuan teknikal yang baik. Ini memudahkan pengguna notebook Acer untuk mendapatkan driver yang diperlukan selepas memformat notebook mereka. Laman web bantuan ini juga mudah diakses. Dari aspek mendapatkan alat ganti, alat ganti notebook Acer adalah mudah diperolehi dan murah. Binaan fizikal notebook Acer adalah mesra pengguna. Ia memudahkan pengguna notebook ini untuk membuka perkakasannya sekiranya berlaku kerosakkan.

Kekurangan Notebook Acer.

Kelemahan pada notebook Acer adalah binaan fizikal luarannya yang tidak lasak. Bagaimanapun, peralatan dalaman notebook Acer adalah lasak. Apa yang perlu, anda haruslah berhati-hati semasa menggunakan notebook ini. Notebook Acer boleh bertahan lama, asal saja anda menggunakan notebook Acer dengan cermat. Komponen luaran notebook Acer adalah kurang lasak. Ini terutama sekali pada pemain CDROM nya (saya pernah terima dari customer yang mana pemutar cdnya tercabut - tetapi dapat dipasang semula selepas digam),paparan tutup buka (seperti engsel) mudah longgar menyebabkan kabel paparan terlepas dari ribbon connector dan membuatkan paparan berkelip-kelip, serta butang keyboard yang mudah tercabut -juga mudah dipasang semula tetapi dengan langkah-langkahnya tersendiri.


Notebook HP
HP HDX9000 from istartedsomething.com
Jenama HP adalah akronim kepada "Hewlett-Packard". Ia merupakan syarikat teknologi informasi multinasional yang bertapak di Palo Alto, California, USA. Syarikat ini dimulakan oleh Bill Hewlett and Dave Packard di sebuah garaj kereta di Palo Alto. Kini HP menjadi salah satu nama pengeluar komputer dan notebook terkemuka di dunia. Kini hampir setiap negara didunia mempunyai pembekal barangan komputer jenama HP. Terdapat tiga kategori notebook HP. Ia adalah notebook HP Envy, notebook HP Pavilion dan notebook HP Compaq.

Kelebihan Notebook HP.

Berbanding jenama notebook lain yang berada di pasaran, jenama HP merupakan jenama yang bukan sahaja menghasilkan notebook, malah bermacam-macam lagi produk komputer seperti Printer, Projector, Kamera Digital dan pelbagai lagi produk elektronik yang lain. Dengan adanya produk-produk sampingan seperti ini, notebook HP secara automatik mudah untuk digunakan bersama produk dengan jenama HP sendiri. Maka masalah notebook anda tidak serasi dengan peralatan sampingan tidak akan berlaku. Ia satu kelebihan bagi pengguna notebook baru yang ingin mencuba membuat pemasangan peralatan sampingan sendiri terutama sekali semasa memasang printer. Notebook HP juga merupakan notebook yang mengutamakan rekabentuk. Kelebihan pada rekabentuk yang menawan menarik ramai pengguna untuk membeli notebook HP. Sekiranya anda suka pada rekaan fesyen terkini, notebook HP adalah pilihan terbaik untuk anda.

Kelemahan Notebook HP.

Kebiasaannya, aspek pertama yang akan dinilai sebelum membeli notebook adalah pada aspek harga. Dari aspek ini ternyata notebook HP akan tewas pada harga notebook Acer. Meskipun tidak banyak perbezaan, namun notebook HP memerlukan anda menyediakan lebih wang untuk memilikkinya. Mengikut sumber squaretrade. com,eksperimen penggunaan notebook selama tiga tahun mendapati kerosakkan notebook tertinggi adalah dari jenama notebook HP. Ini mungkin disebabkan penciptaan rekabentuk yang menarik pada notebook HP telah mengabaikan ciri-ciri pengudaraan yang baik pada sistem notebook ini.


Notebook Asus.
Asus Lamborghini VX7 from technupower.com
Syarikat ASUS diasaskan pada 2 April 1990 di Taipei, Taiwan. Ia dimulakan oleh empat orang Jurutera komputer yang pada asalnya adalah pereka dan jurutera komputer syarikat Acer. Perkataan Asus sendiri berasal daripada perkataan Pegasus yang bermaksud Kuda Sakti dalam istilah mitos Greek. Untuk meletakkan nama syarikat ini berada pada senarai teratas dalam apa-apa senarai, pengasasnya menggunakan perkataan ASUS sahaja bagi membolehkan huruf A sebagai awalan nama syarikat mereka.

Kelebihan Notebook Asus.

Jenama Asus merupakan satu jenama yang sangat dipercayai pengguna notebook. Ini terbukti dengan beberapa kajian global yang meletakkan Asus sebagai pengeluar notebook yang terendah kuantiti kerosakkannya. Ia berada pada rangking pertama sebagai notebook yang paling jarang berlaku kerosakkan. Wall Street Journal Asia meletakkan Asus sebagai pemegang rangking pertama dari aspek kualiti dan servis. Manakala Business Week’s menganugerahkan Asus sebagai "Asia’s Top 10 IT Companies".

Kelemahan Notebook Asus.

Harga memainkan peranan penting pada pengguna yang pertama kali ingin memilikki notebook. Maka dari aspek ini, notebook Asus agak sukar menewaskan harga notebook Acer mahupun notebook HP. Kurangnya pengguna notebook Asus juga menimbulkan masalah untuk mendapatkan alat ganti sekiranya notebook ini mengalami kerosakkan yang memerlukan pemasangan alat ganti.


Notebook Dell
Dell XPS15-L02x from notebookcheck.net
Diilhamkan oleh Michael Dell pada tahun 1984, jenama Dell diinovasikan di Round Rock, Texas, United States. Ia merupakan syarikat berteraskan teknologi terbesar di dunia. Dell memasarkan personal computers, servers, data storage devices, network switches, software, dan computer peripherals. Selain itu, Dell juga mempunyai produk elektronik seperti HDTVs, cameras, printers dan MP3 players.


Kelebihan Notebook Dell.
Tiada harga tambahan. Itu adalah salah satu kelebihan pada notebook Dell. Ini adalah disebabkan notebook Dell dijual tidak melalui orang tengah. Sekiranya anda ingin membeli notebook Dell, anda hendaklah membelinya secara Online terus daripada pengeluar notebook tersebut. Selain dari itu, notebook Dell memberi kelebihan kepada pengguna untuk memilih apakah jenis kemampuan yang diperlukan oleh bakal pembeli notebook ini. Ia disebut sebagai Customize. Maksudnya di disini, sekiranya anda terlibat dengan sesuatu industri, anda boleh memberikan kriteria yang anda perlukan kepada syarikat Dell bagi menghasilkan sebuah notebook berdasarkan keperluan industri anda.

Kekurangan Notebook Dell.
Sekiranya anda ingin menjimatkan perbelanjaan dalam pembelian notebook, maka notebook Dell bukan pilihan anda. Meskipun penjualannya tidak melalui orang tengah, notebook Dell masih berada pada harga yang tinggi. Bagaimanapun harga notebook Dell yang tinggi adalah setara dengan kemampuannya. Memandangkan notebook tersebut hanya boleh diperolehi melalui pesanan secara online, ia menyukarkan anda untuk memilikkinya tanpa kad Visa. Alat ganti notebook Dell jarang terdapat di kedai-kedai komputer biasa. Ia menyukarkan anda untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku kerosakkan pada notebook tersebut.

About the author

Admin
Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Perkhidmatan Membina Blog and Blogger Themes.