Mindtest Contest

Mr. Remz Profile



Mr. Remz ataupun nama sebenarnya Ramzi Bin Bakri merupakan seorang Internet Marketer yang berpengalaman luas dalam pemasaran internet. Mula melibatkan diri secara aktif selepas menamatkan pendidikkannya dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Komputer (Teknologi Multimedia) pada tahun 2001. Berasal dari Kuching Sarawak, bapa kepada dua orang anak ini pernah bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat dibeberapa buah syarikat perkomputeran terkemuka di Sarawak.

Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan beberapa syarikat swasta, beliau telah membangunkan ratusan halaman web dan blog. Selain berkepakaran dalam pembangunan halaman web, beliau juga berkebolehan mereka grafik yang mana telah menjadi tarikan kepada ramai pelanggan halaman webnya. Bagi beliau grafik adalah satu simbolik mudah sesebuah laman web berdasarkan konsep ‘picture talk faster than a text’. Berbanding Pembina Laman Web (web master) yang lain, Mr. Remz tidak sahaja membina halaman web sebagai satu sistem informasi tetapi juga bersifat ‘self marketing’. Ciri-ciri pemasaran automatik yang disediakan dalam setiap laman web dan blog yang dibinanya ternyata berkesan membantu pelanggan menempatkan laman web dan blog mereka di pasaran dunia. Apa yang paling penting, laman web dan blog tersebut menghasilkan pendapatan kepada para pelanggannya.

Sepertimana mereka yang terlibat dalam dunia komputer, mrRemz juga menjadikan kerja-kerja membaik pulih komputer sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau berpengalaman bukan sahaja dalam bidang Teknologi Multimedia malah juga dalam bidang teknikal seperti membina sistem networking komputer bagi pejabat-pejabat baru, membaik pulih desktop komputer, notebook, dan menyelenggara system komunikasi data sesebuah organisasi.

Mr.Remz adalah seorang yang amat komited dalam menyiapkan setiap tugasan yang diterimanya daripada para pelanggan dan sentiasa mengamalkan prinsip ‘Kualiti di Utamakan’. ‘Dateline’ adalah disiplin yang digunakan sebagai pemangkin kejayaan setiap projek laman web dan blog yang diterimanya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan secara Online, Mr. Remz adalah orang yang anda perlukan! Kepakaran dan Pengalaman yang membina Profesionalisma.

About the author

Admin
Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Perkhidmatan Membina Blog and Blogger Themes.