Panduan Membeli Notebook - Memilih Notebook Berdasarkan Penggunaan
Panduan Memilih Notebook Siri 2
Untuk Panduan Membeli Notebook Siri 2 kali ini, saya akan menerangkan kepada anda tentang bagaimana memilih notebook berdasarkan penggunaan. Ia penting bagi memastikan anda membeli notebook yang sesuai dengan keperluan anda. Sekiranya anda baru sahaja membaca artikel dari blog ini, saya menggalakkan anda untuk membaca artikel ini bermula dari siri pertama. Ini bagi memudahkan anda memahami perkara asas yang patut anda tahu sebelum membeli
notebook.
Mengapa anda ingin membeli notebook?
Ini adalah soalan yang anda harus tanya pada diri sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin membeli notebook baru. Untuk memilih notebook yang sesuai dengan keperluan anda, anda perlu tahu apakah alasan yang menggalakan anda untuk membeli notebook. Ini adalah untuk memastikan bahawa notebook yang anda beli akan memenuhi tujuan anda memiliki notebook tersebut. Untuk itu, saya akan menghuraikan jenis notebook berdasarkan kategori pengguna yang berbeza. Garis panduan di bawah akan membantu anda memilih notebook yang anda perlukan dengan tepat.
Notebook untuk pelajar.
Notebook berharga rendah.
Notebook berharga rendah disini bermaksud notebook yang mampu dibeli oleh pelajar tanpa perlu membelanjakan separuh daripada perbelanjaan pembelajaran untuk satu semester. Harganya dalam lingkungan RM1,000.00 sehingga RM1,300.00. Ini adalah harga bagi notebook baru. Sekiranya anda hendak membeli notebook terpakai, harga yang berbaloi adalah kurang daripada RM1,000.00. Notebook yang dijual pada harga RM1,000.00 ke RM1,300.00 direka dengan kelengkapan yang cukup untuk memenuhi keperluan seorang pelajar.
Notebook yang mudah dibawa.
Notebook yang sesuai untuk pelajar hendaklah mudah dibawa. Ini dikira dari aspek saiz dan berat sesebuah notebook. Notebook yang mudah dibawa ialah yang mudah dibimbit. Bersaiz dari 10 ke 12 inchi dengan berat kurang daripada 1.5kg. Notebook yang beratnya melebihi 2Kg, boleh memenatkan penggunanya untuk membawa notebook tersebut meskipun ia dibawa dengan beg sandang sisi bagi jangkamasa melebihi 30 minit. Notebook dengan paparan kecil (10 ke 12.5 inchi) kebiasaannya menggunakan single-core Processor. Ia menjimatkan penggunaan tenaga bateri. Notebook seperti ini mampu bertahan sehingga lima jam tanpa sambungan bekalan elektrik secara terus sekiranya telah dicas sehingga penuh. Ini amat berguna sekiranya anda memerlukan notebook untuk menghadiri kuliah yang mengambil masa yang panjang.
Notebook bagi pelajar yang menggemari permainan komputer.
Pelajar yang menggemari permainan komputer dan menonton DVD digalakkan untuk membeli notebook yang agak luas paparan skrinnya iaitu diantara 12 ke 13 inchi. Paparan skrin notebook yang luas memberi kepuasan kepada penggemar permainan komputer. Berbanding notebook bersaiz 14 inchi ke atas, notebook bersaiz 12 ke 13 inchi adalah lebih ringan. Adalah digalakkan membeli notebook yang dibina dengan CPU dual-core bagi memastikan permainan komputer dapat dimainkan dengan lancar. Pastikan notebook yang hendak dibeli disokong oleh sekurang-kurangnya processor berkelajuan 2.0GHz. Spesifikasi maksimum processor bagi notebook yang disyorkan untuk pelajar yang menggemari permainan komputer adalah Core 2 Duo. Ini adalah kerana penggunaan prosesor yang lebih tinggi pada sesebuah notebook akan meningkatkan penggunaan kuasa bateri, ini adalah tidak bersesuaian dengan tujuan asal seseorang pelajar membeli notebooknya.
Ciri-ciri lain yang harus ada pada notebook seorang pelajar.
Memandangkan teknologi telefon bimbit kini setara dengan teknologi notebook, adalah penting bagi pelajar memastikan agar notebook yang dibeli dilengkapi devices seperti webcam, bluetooth dan penerima Wifi. Ini bertujuan memastikan notebook tersebut dapat berfungsi dengan aplikasi pada telefon bimbit. Teknologi Bluetooth pada notebook pula adalah penting untuk memindahkan mp3 yang telah didownload di notebook ke telefon bimbit dan juga sebaliknya. Pemindahan video dan gambar yang telah dirakam dengan telefon bimbit ke notebook boleh dilakukan tanpa sambungan kabel dengan teknologi bluetooth. Aplikasi Wifi pada notebook adalah penting untuk menyambungkan notebook ke perkhidmatan internet percuma yang terdapat di pusat membeli-belah atau di kedai makanan eksklusif. Webcam juga perlu ada pada sesebuah notebook bagi memudahkan pelajar menjalankan video chat. Pastikan juga notebook anda memilikki pemain DVD-ROM. Bagaimanapun hanya notebook bersaiz 13 inchi ke atas sahaja yang memilkki pemain DVD-ROM. Notebook ini biasanya mencapai 1.8Kg sehingga 2.0Kg berat dan agak tebal.
Kriteria yang dicadangkan:
a. Pelajar yang menggunakan notebook untuk tugasan, melayari internet dan mendengar mp3 -
Processor : Intel Atom
Memorry : RAM 2GB,
Harddisk : 160GB,
Paparan Skrin : 10 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi dan Webcam
Notebook Terbaik: Acer Aspire One dan HP Mini Notebook
b. Pelajar yang menggunakan notebook untuk tugasan, melayari internet, mendengar mp3, bermain permainan komputer dan menonoton DVD.
Processor : Intel Pentium Dual Core,
Memorry : RAM 2GB,
Harddisk : 320GB,
Paparan Skrin : 12 ke 13 inchi

Notebook Terbaik: Toshiba Protege T230 - 1013
Notebook untuk Usahawan
Kualiti masa adalah aspek terpenting bagi seorang usahawan. Masa umpama modal yang tidak dapat dibeli apabila ia telah terlepas pergi.
Untuk itu notebook bagi seorang usahawan haruslah memenuhi ciri mengoptimakan masa. Notebook yang mereka perlukan hendaklah berkelajuan tinggi dan mudah dibawa. Manakala ciri paling utama pada notebook mereka adalah sistem keselamatan data yang terbaik. Kehilangan atau kecurian data dalam sesebuah perniagaan adalah satu masalah yang paling besar. Setiap saat untuk membina semula pangkalan data yang telah hilang akan melibatkan kerugian yang besar. Teruskan membaca huraian yang saya sediakan:
Notebook yang ringan dan mudah dibawa.
Ini adalah kriteria yang tidak kurang pentingnya. Notebook tersebut haruslah kurang daripada 2kg. Notebook yang ringan tidak meletihkan penggunanya untuk membawa notebook tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain. (Ini adalah rutin seorang usahawan). Mudah dibawa yang dimaksudkan disini adalah notebook tersebut tidak memerlukan penggunanya untuk membawa charger dan kerap kali mengecas notebook mereka. Untuk itu, notebook tersebut haruslah mempunyai kemampuan simpanan bateri yang tinggi. Satu lagi ciri yang saya maksudkan dengan mudah dibawa adalah notebook tersebut harus mempunyai ruang Hard Disk yang besar. Maka pengguna notebook ini tidak perlu membawa external hard drive setiap kali untuk membuat pembentangan pelan perniagaan.
Notebook dengan Teknologi Thumb Print.
Adakah anda pernah mendengar tentang notebook yang dibina dengan teknologi Thumb Print? Ini adalah teknologi di mana anda mempunyai dua pilihan sama ada memasukkan kata laluan dengan menaip password atau hanya dengan meletakkan jari anda pada sensor pengimbas pada notebook anda. Dengan notebook berteknologi thumb print, anda boleh menjimatkan masa untuk log in tanpa perlu memasukkan password. Paling penting adalah ia merupakan langkah yang selamat, dimana anda dapat mengelakkan seseorang yang cuba mencuri pandang password notebook anda. Kerana anda tidak menaip password semasa hemdak mengakses notebook, sebaliknya hanya mengimbas cap jari anda. Percaya atau tidak ada orang yang sangat cepat dapat merakam gerak jari anda untuk mencuri password semasa anda memasukkannya. Saya yakin notebook seorang usahawan mempunyai banyak maklumat penting dan rahsia.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i5 atau i7
Memorry : RAM 8GB DDR3,
Harddisk : 500GB,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia
Paparan Skrin : 12.5 ke 13.5 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam , DVD ROM dan Thumb Print Tech.
Notebook Terbaik: HP Pavilion dv3
Notebook untuk jurugambar, videografer atau pelukis plan.
Fotografer dan videografer berada pada kelas teratas dalam penggunaan pelbagai jenis komputer. Mereka memerlukan sebuah notebook yang mempunyai kemampuan yang tinggi. Tugas rutin mereka dalam menghasilkan graphic dan video beresolusi tinggi dan banyak melakukan kerja-kerja mengedit bunyi memerlukan mereka memilih notebook dengan spesifikasi yang terbaik.
Untuk alasan ini mereka memerlukan sistem notebook dengan kestabilan memori dan processor berkuasa tinggi. Untuk kestabilan memori semasa mengedit gambar atau video, notebook tersebut hendaklah disokong oleh memori RAM sekurang-kurangnya 4GB DDR3. Sebaik-baiknya adalah 8GB DDR3. RAM yang rendah akan melambatkan proses rendering yang menyebabkan proses mengalihkan grafik tersekat-sekat. Ia turut mempengaruhi jangkamasa untuk publishing sesuatu video dalam sesebuah notebook.
Notebook dengan ruang paparan yang luas.
Bekerja didalam sebuah bilik yang sempit adalah sangat menyukarkan pergerakkan.
Begitu juga dengan ruang paparan pada sesebuah notebook. Pengguna notebook yang menggunakan lebih daripada satu perisian didalam satu-satu masa, contohnya menjalankan perisian Ulead video untuk menghasilkan video dan turut menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mengubah grafik pada video tersebut memerlukan ruang paparan yang luas. Ini bagi membolehkan semua perisian yang digunakan dipaparkan serentak. Maka tidak perlu minimize dan maximize window setiap kali hendak beralih ke perisian yang lain. Maka paparan notebook yang disarankan adalah 15 ke 17 inchi.
Ruang simpanan data yang besar.
Sebuah Pen Drive berkapasiti 1GB mampu menampung sehingga 20 dokumen Microsoft Word bersaiz 500kb. Walaubagaimanapun, 1GB belum mampu untuk menampung sebuah video atau garfik yang telah diedit. Ini bermakna dokumen dalam bentuk graphic dan video adalah bersaiz besar. Oleh itu notebook yang hendak dipilih oleh pengolah video dan grafik hendaklah mempunyai ruang simpanan data sehingga 500GB. Notebook dengan ruang simpanan data 1Terabyte adalah yang terbaik.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i7
Memorry : RAM 8GB DDR3 atau 4GB DDR4,
Harddisk : 500GB atau 1Terabyte,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia
Paparan Skrin : 15 ke 17 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam dan DVD ROM.
Notebook Terbaik: Apple 15 - dan 17-inch MacBook Pro
Notebook untuk gamer
Beberapa tahun yang lalu, hampir mustahil untuk mendapatkan sebuah notebook yang bersesuaian untuk seorang peminat fanatik pc game. Komputer desktop dengan kemampuan untuk diubah suai dan mempunyai sistem pendinginan yang lebih baik selalu menjadi pilihan pertama. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi telah membawa kepada penciptaan notebook yang berkemampuan menjalankan permainan 3D dengan sangat baik.
Graphic adalah segalanya.
Sebagai pemain permainan 3D yang professional, ketelitian grafik adalah sangat penting dalam menjamin kepuasan semasa bermain. Oleh itu notebook yang hendak dibeli hendaklah dibina dengan GPU diskrit, seperti Nvidia GeForce N260.
Notebook dengan ciri ini adalah disyorkan untuk 3D game.
Ketangkasan.
Perlumbaan didalam permainan 3D memerlukan kelancaran permainan berada pada tahap terbaik. Processor sesebuah notebook memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan kelancaran tersebut. Oleh itu processor yang dicadangkan ialah Intel i7. Bagi memastikan notebook dangan kuasa i7 berfungsi dengan sempurna, ia memerlukan sokongan RAM yang tinggi. 8GB DDR4 adalah antara pilihan yang terbaik.
Kepelbagaian game.
Notebook yang berkemampuan tinggi dan boleh menjalankan permainan 3D dengan baik memerlukan ruang storan data yang luas. Kebiasaannya sebuah permainan 3D memerlukan sehingga 3GB untuk simpanan data sistem didalam sesebuah notebook. Bagaimanapun ia memerlukan ruang yang besar untuk menjalankan operasinya. Sekiranya anda menyimpan sehingga 10 permainan 3D didalam notebook anda, adalah dicadangkan anda membeli notebook dengan kapasiti hard drive 500GB ke 1Terabyte.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i7
Memorry : RAM 8GB DDR3 atau 4GB DDR4,
Harddisk : 500GB atau 1Terabyte,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia (Full HD)
Paparan Skrin : 17 ke 19 inchi
Device Tambahan : Blu-ray Writer.
Notebook Terbaik:
1. Acer Aspire 8942G (Core i7 720QM Processor 1.6GHz, 8GB RAM)
2. Asus G73JH-TZ160Z
3. Dell Alienware 15X
Pengguna rumah (Sekiranya anda tidak berada dalam kategori di atas mungkin anda dalam kategori ini)
Saiz notebook yang bersesuaian bagi pengguna di rumah adalah dari 14 hingga 16 inci. Ini bertujuan mendapatkan paparan video yang lebih jelas, kerana sebahagian besar pengguna notebook di rumah menghabiskan masa mereka untuk menonton filem. Notebook untuk pengguna pada kategori ini harus disokong oleh sekurang-kurangnya Intel Core 2 Duo, 2GB RAM, 250 GB hard drive, dan DVDRW. Notebook yang dilengkapi lebih daripada cir-ciri yang dinyatakan di atas adalah lebih baik bagaimanapun kurang effisien. Mengapa saya berkata demikian? Kerana ia umpama menggunakan kenderaan berenjin kuasa tinggi untuk berulang alik ke tempat kerja yang hanya 200 meter dari kediaman anda. Ia hanya membazirkan minyak kenderaan, sedangkan anda boleh berjalan kaki ke tempat kerja. Kesimpulannya, anda tidak perlu membeli notebook yang berspesifikasi besar yang berharga RM5,000.00 sedangkan anda hanya menggunakannya untuk melayari laman sosial facebook.
Mempunyai webcam.
Memandangkan notebook yang digunakan oleh pengguna di rumah digunakan untuk urusan di rumah dan juga digunakan untuk berhubung di antara ahli keluarga, maka ia harus memilikki webcam. Ia bagi memudahkan ahli keluarga berhubung melalui talian 3G yang mana ia menyediakan perkhidmatan video jarak jauh. Notebook ini juga haruslah dilengkapi dengan perisian sosial seperti MSN messenger atau Yahoo messenger.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel Core 2 Duo
Memorry : RAM 2GB DDR2,
Harddisk : 160GB atau 320GB,
Graphic : Built in graphic
Paparan Skrin : 15 ke 17 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam dan DVD ROM.
Notebook Terbaik: Acer Aspire (model 17 inchi)
Untuk Panduan Membeli Notebook Siri 2 kali ini, saya akan menerangkan kepada anda tentang bagaimana memilih notebook berdasarkan penggunaan. Ia penting bagi memastikan anda membeli notebook yang sesuai dengan keperluan anda. Sekiranya anda baru sahaja membaca artikel dari blog ini, saya menggalakkan anda untuk membaca artikel ini bermula dari siri pertama. Ini bagi memudahkan anda memahami perkara asas yang patut anda tahu sebelum membeli
notebook.
Mengapa anda ingin membeli notebook?
Ini adalah soalan yang anda harus tanya pada diri sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin membeli notebook baru. Untuk memilih notebook yang sesuai dengan keperluan anda, anda perlu tahu apakah alasan yang menggalakan anda untuk membeli notebook. Ini adalah untuk memastikan bahawa notebook yang anda beli akan memenuhi tujuan anda memiliki notebook tersebut. Untuk itu, saya akan menghuraikan jenis notebook berdasarkan kategori pengguna yang berbeza. Garis panduan di bawah akan membantu anda memilih notebook yang anda perlukan dengan tepat.Notebook untuk pelajar.
Notebook berharga rendah.
Notebook berharga rendah disini bermaksud notebook yang mampu dibeli oleh pelajar tanpa perlu membelanjakan separuh daripada perbelanjaan pembelajaran untuk satu semester. Harganya dalam lingkungan RM1,000.00 sehingga RM1,300.00. Ini adalah harga bagi notebook baru. Sekiranya anda hendak membeli notebook terpakai, harga yang berbaloi adalah kurang daripada RM1,000.00. Notebook yang dijual pada harga RM1,000.00 ke RM1,300.00 direka dengan kelengkapan yang cukup untuk memenuhi keperluan seorang pelajar.
Notebook yang mudah dibawa.
Notebook yang sesuai untuk pelajar hendaklah mudah dibawa. Ini dikira dari aspek saiz dan berat sesebuah notebook. Notebook yang mudah dibawa ialah yang mudah dibimbit. Bersaiz dari 10 ke 12 inchi dengan berat kurang daripada 1.5kg. Notebook yang beratnya melebihi 2Kg, boleh memenatkan penggunanya untuk membawa notebook tersebut meskipun ia dibawa dengan beg sandang sisi bagi jangkamasa melebihi 30 minit. Notebook dengan paparan kecil (10 ke 12.5 inchi) kebiasaannya menggunakan single-core Processor. Ia menjimatkan penggunaan tenaga bateri. Notebook seperti ini mampu bertahan sehingga lima jam tanpa sambungan bekalan elektrik secara terus sekiranya telah dicas sehingga penuh. Ini amat berguna sekiranya anda memerlukan notebook untuk menghadiri kuliah yang mengambil masa yang panjang.
Notebook bagi pelajar yang menggemari permainan komputer.
Pelajar yang menggemari permainan komputer dan menonton DVD digalakkan untuk membeli notebook yang agak luas paparan skrinnya iaitu diantara 12 ke 13 inchi. Paparan skrin notebook yang luas memberi kepuasan kepada penggemar permainan komputer. Berbanding notebook bersaiz 14 inchi ke atas, notebook bersaiz 12 ke 13 inchi adalah lebih ringan. Adalah digalakkan membeli notebook yang dibina dengan CPU dual-core bagi memastikan permainan komputer dapat dimainkan dengan lancar. Pastikan notebook yang hendak dibeli disokong oleh sekurang-kurangnya processor berkelajuan 2.0GHz. Spesifikasi maksimum processor bagi notebook yang disyorkan untuk pelajar yang menggemari permainan komputer adalah Core 2 Duo. Ini adalah kerana penggunaan prosesor yang lebih tinggi pada sesebuah notebook akan meningkatkan penggunaan kuasa bateri, ini adalah tidak bersesuaian dengan tujuan asal seseorang pelajar membeli notebooknya.Ciri-ciri lain yang harus ada pada notebook seorang pelajar.
Memandangkan teknologi telefon bimbit kini setara dengan teknologi notebook, adalah penting bagi pelajar memastikan agar notebook yang dibeli dilengkapi devices seperti webcam, bluetooth dan penerima Wifi. Ini bertujuan memastikan notebook tersebut dapat berfungsi dengan aplikasi pada telefon bimbit. Teknologi Bluetooth pada notebook pula adalah penting untuk memindahkan mp3 yang telah didownload di notebook ke telefon bimbit dan juga sebaliknya. Pemindahan video dan gambar yang telah dirakam dengan telefon bimbit ke notebook boleh dilakukan tanpa sambungan kabel dengan teknologi bluetooth. Aplikasi Wifi pada notebook adalah penting untuk menyambungkan notebook ke perkhidmatan internet percuma yang terdapat di pusat membeli-belah atau di kedai makanan eksklusif. Webcam juga perlu ada pada sesebuah notebook bagi memudahkan pelajar menjalankan video chat. Pastikan juga notebook anda memilikki pemain DVD-ROM. Bagaimanapun hanya notebook bersaiz 13 inchi ke atas sahaja yang memilkki pemain DVD-ROM. Notebook ini biasanya mencapai 1.8Kg sehingga 2.0Kg berat dan agak tebal.
Kriteria yang dicadangkan:
a. Pelajar yang menggunakan notebook untuk tugasan, melayari internet dan mendengar mp3 -
Processor : Intel Atom
Memorry : RAM 2GB,
Harddisk : 160GB,
Paparan Skrin : 10 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi dan Webcam
Notebook Terbaik: Acer Aspire One dan HP Mini Notebook
b. Pelajar yang menggunakan notebook untuk tugasan, melayari internet, mendengar mp3, bermain permainan komputer dan menonoton DVD.
Processor : Intel Pentium Dual Core,
Memorry : RAM 2GB,
Harddisk : 320GB,
Paparan Skrin : 12 ke 13 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi dan Webcam
Notebook Terbaik: Toshiba Protege T230 - 1013
Notebook untuk Usahawan
Kualiti masa adalah aspek terpenting bagi seorang usahawan. Masa umpama modal yang tidak dapat dibeli apabila ia telah terlepas pergi.
Untuk itu notebook bagi seorang usahawan haruslah memenuhi ciri mengoptimakan masa. Notebook yang mereka perlukan hendaklah berkelajuan tinggi dan mudah dibawa. Manakala ciri paling utama pada notebook mereka adalah sistem keselamatan data yang terbaik. Kehilangan atau kecurian data dalam sesebuah perniagaan adalah satu masalah yang paling besar. Setiap saat untuk membina semula pangkalan data yang telah hilang akan melibatkan kerugian yang besar. Teruskan membaca huraian yang saya sediakan:Notebook yang ringan dan mudah dibawa.
Ini adalah kriteria yang tidak kurang pentingnya. Notebook tersebut haruslah kurang daripada 2kg. Notebook yang ringan tidak meletihkan penggunanya untuk membawa notebook tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain. (Ini adalah rutin seorang usahawan). Mudah dibawa yang dimaksudkan disini adalah notebook tersebut tidak memerlukan penggunanya untuk membawa charger dan kerap kali mengecas notebook mereka. Untuk itu, notebook tersebut haruslah mempunyai kemampuan simpanan bateri yang tinggi. Satu lagi ciri yang saya maksudkan dengan mudah dibawa adalah notebook tersebut harus mempunyai ruang Hard Disk yang besar. Maka pengguna notebook ini tidak perlu membawa external hard drive setiap kali untuk membuat pembentangan pelan perniagaan.
Notebook dengan Teknologi Thumb Print.
Adakah anda pernah mendengar tentang notebook yang dibina dengan teknologi Thumb Print? Ini adalah teknologi di mana anda mempunyai dua pilihan sama ada memasukkan kata laluan dengan menaip password atau hanya dengan meletakkan jari anda pada sensor pengimbas pada notebook anda. Dengan notebook berteknologi thumb print, anda boleh menjimatkan masa untuk log in tanpa perlu memasukkan password. Paling penting adalah ia merupakan langkah yang selamat, dimana anda dapat mengelakkan seseorang yang cuba mencuri pandang password notebook anda. Kerana anda tidak menaip password semasa hemdak mengakses notebook, sebaliknya hanya mengimbas cap jari anda. Percaya atau tidak ada orang yang sangat cepat dapat merakam gerak jari anda untuk mencuri password semasa anda memasukkannya. Saya yakin notebook seorang usahawan mempunyai banyak maklumat penting dan rahsia.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i5 atau i7
Memorry : RAM 8GB DDR3,
Harddisk : 500GB,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia
Paparan Skrin : 12.5 ke 13.5 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam , DVD ROM dan Thumb Print Tech.
Notebook Terbaik: HP Pavilion dv3
Notebook untuk jurugambar, videografer atau pelukis plan.
Fotografer dan videografer berada pada kelas teratas dalam penggunaan pelbagai jenis komputer. Mereka memerlukan sebuah notebook yang mempunyai kemampuan yang tinggi. Tugas rutin mereka dalam menghasilkan graphic dan video beresolusi tinggi dan banyak melakukan kerja-kerja mengedit bunyi memerlukan mereka memilih notebook dengan spesifikasi yang terbaik.
Untuk alasan ini mereka memerlukan sistem notebook dengan kestabilan memori dan processor berkuasa tinggi. Untuk kestabilan memori semasa mengedit gambar atau video, notebook tersebut hendaklah disokong oleh memori RAM sekurang-kurangnya 4GB DDR3. Sebaik-baiknya adalah 8GB DDR3. RAM yang rendah akan melambatkan proses rendering yang menyebabkan proses mengalihkan grafik tersekat-sekat. Ia turut mempengaruhi jangkamasa untuk publishing sesuatu video dalam sesebuah notebook.
Notebook dengan ruang paparan yang luas.
Bekerja didalam sebuah bilik yang sempit adalah sangat menyukarkan pergerakkan.
Begitu juga dengan ruang paparan pada sesebuah notebook. Pengguna notebook yang menggunakan lebih daripada satu perisian didalam satu-satu masa, contohnya menjalankan perisian Ulead video untuk menghasilkan video dan turut menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mengubah grafik pada video tersebut memerlukan ruang paparan yang luas. Ini bagi membolehkan semua perisian yang digunakan dipaparkan serentak. Maka tidak perlu minimize dan maximize window setiap kali hendak beralih ke perisian yang lain. Maka paparan notebook yang disarankan adalah 15 ke 17 inchi.Ruang simpanan data yang besar.
Sebuah Pen Drive berkapasiti 1GB mampu menampung sehingga 20 dokumen Microsoft Word bersaiz 500kb. Walaubagaimanapun, 1GB belum mampu untuk menampung sebuah video atau garfik yang telah diedit. Ini bermakna dokumen dalam bentuk graphic dan video adalah bersaiz besar. Oleh itu notebook yang hendak dipilih oleh pengolah video dan grafik hendaklah mempunyai ruang simpanan data sehingga 500GB. Notebook dengan ruang simpanan data 1Terabyte adalah yang terbaik.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i7
Memorry : RAM 8GB DDR3 atau 4GB DDR4,
Harddisk : 500GB atau 1Terabyte,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia
Paparan Skrin : 15 ke 17 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam dan DVD ROM.
Notebook Terbaik: Apple 15 - dan 17-inch MacBook Pro
Notebook untuk gamer
Beberapa tahun yang lalu, hampir mustahil untuk mendapatkan sebuah notebook yang bersesuaian untuk seorang peminat fanatik pc game. Komputer desktop dengan kemampuan untuk diubah suai dan mempunyai sistem pendinginan yang lebih baik selalu menjadi pilihan pertama. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi telah membawa kepada penciptaan notebook yang berkemampuan menjalankan permainan 3D dengan sangat baik.
Graphic adalah segalanya.
Sebagai pemain permainan 3D yang professional, ketelitian grafik adalah sangat penting dalam menjamin kepuasan semasa bermain. Oleh itu notebook yang hendak dibeli hendaklah dibina dengan GPU diskrit, seperti Nvidia GeForce N260.
Notebook dengan ciri ini adalah disyorkan untuk 3D game. Ketangkasan.
Perlumbaan didalam permainan 3D memerlukan kelancaran permainan berada pada tahap terbaik. Processor sesebuah notebook memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan kelancaran tersebut. Oleh itu processor yang dicadangkan ialah Intel i7. Bagi memastikan notebook dangan kuasa i7 berfungsi dengan sempurna, ia memerlukan sokongan RAM yang tinggi. 8GB DDR4 adalah antara pilihan yang terbaik.
Kepelbagaian game.
Notebook yang berkemampuan tinggi dan boleh menjalankan permainan 3D dengan baik memerlukan ruang storan data yang luas. Kebiasaannya sebuah permainan 3D memerlukan sehingga 3GB untuk simpanan data sistem didalam sesebuah notebook. Bagaimanapun ia memerlukan ruang yang besar untuk menjalankan operasinya. Sekiranya anda menyimpan sehingga 10 permainan 3D didalam notebook anda, adalah dicadangkan anda membeli notebook dengan kapasiti hard drive 500GB ke 1Terabyte.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel i7
Memorry : RAM 8GB DDR3 atau 4GB DDR4,
Harddisk : 500GB atau 1Terabyte,
Graphic : ATI Radeon atau Nividia (Full HD)
Paparan Skrin : 17 ke 19 inchi
Device Tambahan : Blu-ray Writer.
Notebook Terbaik:
1. Acer Aspire 8942G (Core i7 720QM Processor 1.6GHz, 8GB RAM)
2. Asus G73JH-TZ160Z
3. Dell Alienware 15X
Pengguna rumah (Sekiranya anda tidak berada dalam kategori di atas mungkin anda dalam kategori ini)
Saiz notebook yang bersesuaian bagi pengguna di rumah adalah dari 14 hingga 16 inci. Ini bertujuan mendapatkan paparan video yang lebih jelas, kerana sebahagian besar pengguna notebook di rumah menghabiskan masa mereka untuk menonton filem. Notebook untuk pengguna pada kategori ini harus disokong oleh sekurang-kurangnya Intel Core 2 Duo, 2GB RAM, 250 GB hard drive, dan DVDRW. Notebook yang dilengkapi lebih daripada cir-ciri yang dinyatakan di atas adalah lebih baik bagaimanapun kurang effisien. Mengapa saya berkata demikian? Kerana ia umpama menggunakan kenderaan berenjin kuasa tinggi untuk berulang alik ke tempat kerja yang hanya 200 meter dari kediaman anda. Ia hanya membazirkan minyak kenderaan, sedangkan anda boleh berjalan kaki ke tempat kerja. Kesimpulannya, anda tidak perlu membeli notebook yang berspesifikasi besar yang berharga RM5,000.00 sedangkan anda hanya menggunakannya untuk melayari laman sosial facebook.
Mempunyai webcam.
Memandangkan notebook yang digunakan oleh pengguna di rumah digunakan untuk urusan di rumah dan juga digunakan untuk berhubung di antara ahli keluarga, maka ia harus memilikki webcam. Ia bagi memudahkan ahli keluarga berhubung melalui talian 3G yang mana ia menyediakan perkhidmatan video jarak jauh. Notebook ini juga haruslah dilengkapi dengan perisian sosial seperti MSN messenger atau Yahoo messenger.
Kriteria yang dicadangkan:
Processor : Intel Core 2 Duo
Memorry : RAM 2GB DDR2,
Harddisk : 160GB atau 320GB,
Graphic : Built in graphic
Paparan Skrin : 15 ke 17 inchi
Device Tambahan : Bluetooth, Wifi, Webcam dan DVD ROM.
Notebook Terbaik: Acer Aspire (model 17 inchi)

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.